Pemandu lori maut tersepit
BINTULU:Â Seorang lelaki maut selepas tercampak keluar dari lori tanah yang dipandunya di Simpang Bakun-Bintulu di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 1.35 pagi, mangsa Phang Chang Phiaw, 67, tercampak keluar menerusi cermin hadapan selepas kenderaan dipandunya dari arah Bintulu ke Miri melanggar bahagian hadapan lori membawa muatan tar bitumen yang diletakkan di tepi jalan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mangsa terjatuh atas jalan, kemudian tersepit di bawah kenderaannya.
Beliau berkata, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan, jam 1.41 pagi.
"Setibanya di lokasi, anggota mendapati mangsa tersepit di bawah lori dan mereka menggunakan peralatan 'air lifting beg' dan 'rescue tool' bagi mengeluar mangsa," katanya.
Ling Hii berkata, ketika kejadian lori yang dipandu mangsa kosong, manakala lori yang diletakkan di tepi jalan yang dilanggarnya penuh dengan muatan bitumen.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment