Rantai papar kisah panas baran seorang lelaki
MASALAH keganasan dan panas baran seorang lelaki yang didera bapanya semasa kecil realitinya ada berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.
Kisah kanak kanak yang sering dipukul bapa kerana agak nakal kemudian membesar menjadi lelaki yang garang dan panas baran apabila dewasa. Di samping menghadapi kesukaran hidup dalam masyarakat di kampung, dia juga sering memukul isteri dan anaknya.
Telemovie arahan Bade Haji Azmi berjudul Rantai ini menyorot kisah Zaleha yang menanggung penderitaan akibat penderaan mental dan fizikal berikutan sikap panas baran Hussin yang sentiasa kesempitan duit akibat suka berfoya-foya dan berjudi.
Sementara Zaleha terpaksa menanggung malu dengan kegiatan Hussin yang turut menyeludup rokok dari seberang. Namun, sebagai isteri, dia tetap bersabar kerana Husin pernah mengugut untuk menghalau dia dan anaknya, Ain yang masih menuntut di IPTA apabila Zaleha meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
Walaupun Zaleha akur dengan segala tindakan Hussin, berlainan pula dengan Ain. Dia tidak sampai hati melihat Zaleha berterusan menjadi mangsa Hussin dan setiap kali pulang bercuti, Ain cuba menyedarkan Hussin tentang perbuatannya.
Justeru, sering berlaku pertengkaran antara keduanya. Ain turut mendesak ibunya meninggalkan rumah dan tinggal bersamanya di bandar. Bagaimanapun Zaleha menolaknya dan mahu Ain menamatkan pengajiannya dahulu.
Ain berkenalan dengan Faizal yang baru ditukarkan mengajar di sekolah di kampungnya. Perkenalan tanpa sengaja mereka bermula bila Faizal membantu membetulkan rantai basikal Ain yang tertanggal. Situasi itu menimbulkan kemarahan Hussin namun tidak bagi Faizal yang mahu mengenali dengan lebih dekat keluarga Ain.
Setelah mengetahui apa yang berlaku, Faizal simpati dan mahu membantu Ain.
Satu hati Hussin bertindak di luar kewarasan merampas rantai pusaka milik Zaleha. Zaleha berusaha mempertahankan rantai itu yang mahu digunakan untuk persediaan membiayai kos pengajian Ain. Ain menentang tindakan Hussin yang membuatkan lelaki itu hilang sabar lalu menghalaunya. Ain risau memikirkan nasib ibunya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment