Kejadian kira-kira pada pukul 4.30 petang itu menyebabkan mangsa, M. Paramanazan, 69, dari Sungai Siput patah tangan kiri, patah tulang rusuk kiri, luka di lengan kanan dan cedera di leher.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Ismail Che Isa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan anaknya yang berusia 40-an menaiki lori dari Jeli ke Gerik.
Menurut anak mangsa, bapanya menghentikan kenderaan apabila ternampak gajah berdekatan tugu peringatan pembinaan Jalan Raya Timur Barat.
"Sebaik sahaja turun dari lori dan cuba mendekati gajah tersebut, haiwan liar itu mengejar dan memijak mangsa.
"Anak mangsa yang berada di atas lori terselamat. Anak mangsa membawa bapanya Hospital Gerik dan dimaklumkan mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan susulan," katanya ketika dihubungi. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment