Kapal tangki Indonesia dilarikan ke Pantai Rupat

Tuesday, February 27, 2018

Kapal tangki Indonesia dilarikan ke Pantai Rupat

Kapal tangki Indonesia dilarikan ke Pantai Rupat

KUALA LUMPUR รข€" Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) mengesahkan kapal tangki MT Pratama 128 dari Indonesia yang dilaporkan hilang pada Sabtu lepas ketika ditahan, dijumpai di Pulau Rupat, Indonesia hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan kapal berkenaan oleh pihak berkuasa Indonesia kira-kira 1 petang tadi.

"APMM masih belum mengenalpasti apa yang berlaku dan buat masa ini pihak kami sedang mengadakan rundingan bagi membolehkan kapal berkenaan diserah kepada APMM," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kapal yang mempunyai lapan anak kapal warga Indonesia itu ditahan Maritim pada Jumaat lepas  di Tanjung Piai, Johor kerana disyaki gagal mengemukakan insurans dan gagal melaporkan ketibaan di negara ini.

"Jarak kapal berkenaan ditemui kira-kira 120 batu nautika dari lokasi kapal ditahan," katanya.

Menjelaskan mengenai kehilangan kapal berkenaan, beliau berkata kapal itu dilaporkan hilang setelah dilabuhkan di Perairan Tanjung Piai pada tengah malam Sabtu dan pihaknya  mendapat makluman dari radar yang kapal itu tiada di lokasi.

"Kemudiannya operasi mengesan kapal dilakukan, dan APMM turut meminta bantuan dari pihak berkuasa Indonesia," katanya.- Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment