Mangsa 'haruan makan anak' bersalin

Thursday, February 1, 2018

Mangsa 'haruan makan anak' bersalin

Mangsa 'haruan makan anak' bersalin

LIMA - PERU. Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di Peru yang dirogol bapa kandungnya telah melahirkan bayi sihat seberat 3.26 kilogram di Hospital Hipolito Unanue di Tacna.

Budak malang itu dipercayai telah didera secara seksual oleh bapanya yang berumur 43 tahun sejak mangsa berusia lapan tahun.

Menurut beberapa laporan, kanak-kanak tersebut tidak boleh menggugurkan kandungannya selepas perkara itu hanya diketahui ibunya apabila melihat perutnya membesar ketika usia kehamilan mencecah lima bulan.

Perbuatan haruan makan anak itu menyebabkan lelaki terbabit digelar 'The Monster'.

Difahamkan, ibunya turut hilang hak penjagaan ke atas mangsa pada November lalu selepas dia dilaporkan enggan membuat aduan rasmi tentang perbuatan terkutuk dilakukan suaminya.

Susulan itu, kanak-kanak terbabit diletakkan di bawah jagaan mubaligh di sebuah pusat perlindungan di sebuah bandar.

Sementara itu, kakitangan perubatan memaklumkan mangsa akan diberikan terapi intensif untuk membantu memulihkan emosinya selain menerima kehadiran bayi perempuannya.

Suspek kini ditahan di pusat tahan La Capilla de Juliaca sementara siasatan lanjut dijalankan. - DailyMail

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment