Jenazah kanak-kanak mangsa dera selamat dikebumikan

Thursday, February 1, 2018

Jenazah kanak-kanak mangsa dera selamat dikebumikan


kes dera
 

Jenazah kanak-kanak itu dibawa dari Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban tiba di tanah perkuburan tersebut kira-kira pukul 8.30 malam.

Ketika pengebumian, kelihatan ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Faizah sebak sambil mengesat air mata.

Turut kelihatan ibu tiri mangsa dalam keadaan bergari dibawa keluar dari kereta polis sewaktu pengebumian.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 malam semalam, Nur Aina Nabihah ditemukan tidak sedarkan diri oleh bapanya di rumah mereka di Taman Vista Jaya Lukut, Port Dickson sebelum dihantar ke HTJ.

Kanak-kanak itu bagaimanapun menghembuskan nafas terakhirnya ketika menerima rawatan di HTJ, Seremban kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

Hasil bedah siasat ke atas Nur Aina Nabihah mendapati mangsa mengalami kerosakan buah pinggang kanak-kanak, patah rusuk kiri dan kanan selain usus koyak dipercayai akibat dipukul. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment