Pengukuhan ringgit bukti kejayaan dasar Kerajaan BN
Â
KUALA LUMPUR: Pengukuhan nilai ringgit dan beberapa angka tunjuk ekonomi lain adalah bukti kejayaan dasar Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Aziz Kaprawi, berkata kejayaan dasar berkenaan menzahirkan komitmen pemimpin BN untuk memastikan negara terus maju dan menjadi harapan pasti untuk masa depan rakyat.
Aziz yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan berkata, kali terakhir beliau melihat kadar pertukaran ringgit berbanding dolar AS, ia berada pada 3.8853, iaitu tertinggi sejak April 2016.
Katanya, ringgit mendapat kedudukan pertama antara semua mata wang Asia yang mengukuh berbanding dolar AS dengan kadar peningkatan 4.14 peratus.
Baht Thailand pula di tempat kedua dengan peningkatan 3.6 peratus manakala Yen Jepun, di tempat ketiga, 3.36 peratus.
Katanya, pakar ekonomi Affin Hwang Investment Bank juga memberi komen bahawa pengukuhan ringgit adalah cerminan kepada keadaan ekonomi negara yang bertambah baik.
"Saya bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membuat keputusan tegas untuk tidak menambat mata wang negara seperti mana yang pernah dilakukan pada tahun 1998 dan 1999.
Â
"Tindakan menambat mata wang memperlihatkan kelemahan negara dalam bertindak secara tuntas bagi memperbaiki ekonomi negara.
Â
"Sekiranya penambatan mata wang dilakukan, pelabur dan pasaran global akan hilang keyakinan terhadap ekonomi Malaysia serta memberi kesan terhadap kebanyakan projek mega yang dirancang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Â
Mengulas lanjut, Aziz berkata, seperti yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak maklumkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO lalu, selain nilai ringgit mengukuh, kadar pertumbuhan KDNK juga tinggi, bursa saham berada pada paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun, kadar inflasi rendah dan terkawal serta kadar pengangguran sekitar empat peratus.
Â
Semua indikator ini adalah bukti kepada kejayaan dasar yang dijalankan Kerajaan Barisan Nasional yang hasilnya dapat dinikmati pada hari ini.
Â
Ini sekali gus mewujudkan suasana keyakinan perniagaan dan pengguna yang lebih tinggi mengikut laporan yang dibentangkan sebelum ini.
Aziz berkata, Bank Dunia juga memberi laporan bahawa ekonomi Malaysia berkembang daripada kedudukan kukuh dan menjangkakan pertumbuhan sihat bagi tahun 2018.
"Saya bersama rakan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang lain menyahut seruan Perdana Menteri untuk menjadikan 2018 sebagai tahun kejayaan dan keberhasilan mengagumkan," katanya.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment