Kenyataan terbuka hanya beri kesan negatif

Saturday, February 3, 2018

Kenyataan terbuka hanya beri kesan negatif

Kenyataan terbuka hanya beri kesan negatif

PUTRAJAYA - Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pemimpin gabungan itu supaya tidak menyerang sesama sendiri secara terbuka berhubung isu pengagihan kerusi pilihan raya di Selangor.

Menurut beliau, pergaduhan secara terbuka di khalayak umum boleh memberi kesan negatif kepada gabungan itu khususnya dari segi keyakinan rakyat dalam memberi undi.

“Kenyataan secara terbuka ini, kadang-kadang memberi kesan negatif  ada benda yang perlu kita selesaikan sesama kita tanpa publisiti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Bicara Pimpinan Anak Muda Bersama Tun Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Di samping itu, Mahathir yang juga merupakan calon perdana menteri Harapan  berkata isu pembahagian kerusi telah lama sampai kepada pengetahuannya malah pimpinan tertinggi negeri itu juga telah bertemu bagi menjelaskan kekeliruan yang berlaku dan meminta sedikit masa untuk diselesaikan.

“Kita boleh selesai mereka (pemimpin Harapan Selangor) datang jumpa saya pun, mereka jelaskan apa yang berlaku dan mereka bagi  penjelasan akan selesai masalah ini cuma minta sedikit masa.

“Kita ada masa lagi (untuk selesaikan masalah), memang lah nak bagi bersetuju empat buah parti bukan mudah, saya selalu kata kepada semua orang apabila kita ada rundingan antara banyak pihak,apabila kita ada rundingan antara banyak pihak, kita dapati tidak ada satu pihak pun tak puas hati  bermakna kita adil, kalau ada mana-mana pihak tidak puas hati bermakna kita sudah berat sebelah, memang ada yang tak puas hati. Dari parti kami (Bersatu) pun tak puas hati,” katanya.

Azmin sebelum ini mendakwa empat mesyuarat sudah diadakan untuk menentukan 80 peratus kerusi Dun di Selangor.

Namun, Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata mereka hanya menghadiri empat mesyuarat jawatankuasa pilihan raya sahaja, yang membincangkan strategi untuk PRU14.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment