Boleh dapat angpau bila guna LEKAS

Thursday, February 1, 2018

Boleh dapat angpau bila guna LEKAS

Boleh dapat angpau bila guna LEKAS

KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) berpeluang mendapat angpau bernilai hingga RM388 sempena Tahun Baharu Cina bermula hari ini hingga 5 Mac depan.

Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusof, berkata pemberian angpau sempena kempen 'Big Spender @ LEKAS - Travel to Win Angpow' sebagai tanda penghargaan kepada orang ramai yang menggunakan LEKAS.

Beliau berkata, kempen itu juga diharap dapat menggalakkan orang ramai menggunakan LEKAS untuk ke destinasi yang ingin dituju terutama bagi mereka yang menuju ke arah Selatan pada musim perayaan Tahun Baharu Cina.

"Pengguna lebuh raya hanya perlu membuat transaksi tol sebanyak mungkin di mana-mana plaza tol LEKAS sepanjang Februari ini bermula dari 1 Februari hingga 5 Mac 2018.

"Program ini hanya terbuka kepada kenderaan Kelas 1 sahaja.

"Sepuluh pengguna dengan jumlah transaksi tol tertinggi dalam Ringgit Malaysia (RM) akan dipilih untuk memenangi angpau berupa wang tunai RM388 (pertama), RM288 (kedua), RM188 (ketiga) dan RM88 (keempat hingga ke-10)," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Wan Salwani berkata, kad Touch n Go (TnG) yang digunakan di LEKAS harus berdaftar di https://tngportal.touchngo.com.my bagi memudahkan pemenang dikenal pasti dan dihubungi.

Katanya, pengguna LEKAS boleh mendapatkan terma dan syarat kempen berkenaan di lawan web www.lekas.com.my atau di Facebook LEKAS Highway.

"Pihak pengurusan LEKAS mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakyat Malaysia yang meraikan dan berharap agar semua pengguna lebuhraya memandu secara berhemah pada musim perayaan ini," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment