Gelaran pengganas adalah "pingat kehormatan"- Haniyeh

Thursday, February 1, 2018

Gelaran pengganas adalah "pingat kehormatan"- Haniyeh


GAZA: Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh bangga apabila namanya telah dimasukkan ke senarai Amerika Syarikat sebagai pengganas antarabangsa dan menyifatkannya sebagai "pingat kehormatan."

Haniyeh bercakap buat kali pertama sejak AS mengumumkan keputusan itu pada Rabu.

Beliau memberi reaksi itu semasa mengadakan perhimpunan di Gaza City yang mengumpulkan beratus-ratus penyokong Hamas.
Gelaran tersebut bagaimanapun menjadikan Haniyeh antara individu yang dikenakan tindakan pembekuan aset oleh AS bagi menghalang mana-mana warganya melakukan sebarang transaksi dengan Haniyeh.

AS secara rasminya melabelkan Hamas sebagai "organisasi pengganas", terhadap gerakan yang telah melancarkan tiga siri peperangan dengan Israel serta menguasai Jalur Gaza sejak 2007.

Menurut Haniyeh, apa sahaja yang dilakukan AS itu tidak akan melemahkan perjuangan Hamas untuk terus menentang Israel.

Selain Haniyeh, beberapa lagi pegawai Hamas lain yang berada dalam senarai AS itu turut berkumpul bagi menyatakan protes terhadap AS dan rejim Israel.

Haniyeh telah menganggotai kepimpinan politik Hamas sejak 1990an dan menggantikan Khaled Mashaal pada Mei 2017 untuk menjadi pemimpin tertinggi gerakan itu.

sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment