351 anak muda isi minyak motor percuma

Monday, February 26, 2018

351 anak muda isi minyak motor percuma

351 anak muda isi minyak motor percuma

KERTEH - Seramai 351 penunggang motosikal terdiri daripada anak muda menerima minyak petrol 'free' pada program Isi Minyak Percuma anjuran Pejabat Dun Kemasik di Stesen Minyak Petronas Kampung Baru Kerteh.

Pemberian bahan api percuma itu turut menjadikan stesen minyak itu sesak seketika  kerana dikerumuni ramai anak muda yang tidak mahu melepaskan peluang menikmati sumbangan itu.

Nik Izani Hassan, 23, berkata, inisiatif yang diambil Pejabat Dun Kemasik itu sangat memahami naluri dan denyut nadi golongan muda.

"Program beri minyak petrol 'free' ni meringankan beban orang muda yang berpendapatan rendah. Kami dapat nikmati minyak percuma penuh tangki setiap seorang.

"Dengan sumbangan ini sekurang-kurangnya kami tak perlu keluarkan duit untuk ulang alik ke tempat kerja bagi tempoh sehari atau dua hari," katanya yang masih bujang dan bekerja sebagai buruh binaan.

Dalam pada itu, Emri Elias, 19, berkata, pemberian minyak petrol percuma itu menunjukkan keprihatinan pemimpin terhadap rakyat terutama golongan muda yang masih belum memiliki pendapatan tetap.

"Macam saya cuma bekerja sebagai pembantu kedai makan, gaji tidaklah seberapa hanya cukup-cukup makan. Jadi dengan adanya sumbangan macam ni walaupun bagi sesetengah orang ia cuma nampak macam kecil tapi bagi saya ia sangat besar.

"Duit untuk isi minyak yang dapat dijimatkan itu dapat saya guna untuk bayar makan tengah hari atau boleh beli barang-barang keperluan saya," katanya.

Susulan itu, anak kelima daripada tujuh beradik itu berharap program seperti itu dapat diadakan lebih kerap pada masa akan datang agar beban kos sara hidup rapat dapat terus dikurangkan.

Pada program itu, Adun Kemasik, Ir Rosli Othman turut membantu mengisi sendiri petrol ke dalam tangki motosikal anak muda yang beratur panjang.

Sebelum ini program sama pernah diadakan di Stesen Minyak Petronas Mesra Mall, Kemasik dan selepas ini ia akan diadakan di tempat lain pula agar lebih ramai dapat menikmati sumbangan itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment