Ekspo Terengganu jadi tumpuan

Monday, February 26, 2018

Ekspo Terengganu jadi tumpuan

Ekspo Terengganu jadi tumpuan

KUALA NERUS: Dalam masa dua hari, lebih 50,000 pengunjung sudah menyertai pertandingan cabutan bertuah pengunjung Ekspo Terengganu 2018, di sini.

Ekspo yang diadakan di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, di sini, bermula semalam hingga 3 Mac ini, mendapat sambutan luar dugaan apabila pengunjung tanpa menghiraukan cuaca panas membanjiri tapak ekspo bagi mendapatkan hadiah lumayan yang ditawarkan.

Pengunjung, Halimah Yusof, 46, dari Kampung Wakaf Tapai, Marang berkata, hadiah lumayan yang disediakan untuk cabutan bertuah adalah hadiah kerajaan negeri kepada rakyat Terengganu.

"Saya sangat teruja untuk datang ke ekspo ini dan sejak awal pagi tiba bersama keluarga," katanya ketika ditemui di tapak ekspo, hari ini.

Pelbagai hadiah lumayan, termasuk tanah, rumah dan kereta bernilai lebih RM1.5 juta bakal dimiliki pengunjung Ekspo Terengganu bermula 25 Februari hingga 3 Mac ini.

Program dan aktiviti menarik disusun sepanjang ekspo berlangsung, bertujuan memberi pendedahan kepada rakyat mengenai kejayaan pembangunan yang dilakar Terengganu.

Ekspo itu juga menyediakan lebih 200 lot jualan produk industri kecil dan sederhana (IKS), 64 peniaga car boot sale, 55 peniaga kenderaan saji dan 20 peniaga T-Kitchen.

Pengunjung juga berpeluang beramah mesra dengan selebriti dan atlet negara, menonton persembahan kebudayaan dan mereka yang mencari pekerjaan, boleh mengikuti temu duga terbuka.

Seramai 400,000 dijangka mengunjungi ekspo yang berlangsung selama tujuh hari itu.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment