MRA terima sumbangan PUSPANITA bantu Rohingya

Monday, February 26, 2018

MRA terima sumbangan PUSPANITA bantu Rohingya

MRA terima sumbangan PUSPANITA bantu Rohingya

KUALA LUMPUR: Malaysian Relief Agency (MRA) menerima sumbangan derma RM10,000 untuk Tabung Bantuan Rohingya MRA bagi meneruskan pelbagai usaha membantu pelarian etnik terbabit di Cox's Bazar, Bangladesh.

Presidennya, Dr Mohd Daud Sulaiman, berkata sumbangan ihsan itu hasil kutipan derma ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kecil, Jabatan Pendidikan Politeknik Malaysia.

"Ia disampaikan Pengerusi Cawangan PUSPANITA berkenaan, Datin Saidah Baharom, kepada Pengurus Kanan MRA, Fauziah Tahar, pada majlis ringkas di premis Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Kampung Cheras Baru, hari ini.

"Ia turut disaksikan murid Rohingya dan warga pendidik di pusat pembelajaran berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Daud berkata, individu atau organisasi yang prihatin terhadap nasib Rohingya boleh menyumbang kepada Tabung Bantuan Rohingya MRA menerusi akaun CIMB 86000 59478 atas nama Malaysian Relief Agency Foundation.

Selain itu, Sekretariat MRA boleh dihubungi di 03-9174 4672 atau dengan melayari laman sesawang di www.mra.my untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai usaha membantu Rohingya yang dilaksanakan MRA sejak 2009.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment