Lopes buat The Red Warriors lega

Monday, January 1, 2018

Lopes buat The Red Warriors lega

Lopes buat The Red Warriors lega

BRUNO Lopes memberi kelegaan buat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) apabila dia mengesahkan akan memperkuatkan jentera penggempur Kelantan pada musim ini.

Setiausaha Agung Kafa, Husin Deraman berkata, penyerang kelahiran Brazil itu memilih menyertai The Red Warriors setelah kelab asalnya, Persija Jakarta memutuskan tidak memperbaharui kontraknya.  

“Malam tadi (kelmarin) saya berhubung dengan Bruno (Lopes) menerusi aplikasi WhatsApp dan dia menyatakan sudah bersedia datang ke Kota Bharu dan dijangka tiba bersama keluarganya, 3 Januari ini.

“Saya boleh sahkan walaupun kita belum tandatangani kontrak secara rasmi tetapi dia milik Kelantan sekarang. Dia juga ucap terima kasih kepada Kafa kerana memberi peluang beraksi bersama pasukan ini,” katanya semalam.

Sementara itu, Husin memberitahu, Kafa lebih berminat mendapatkan pemain Indonesia bagi melengkapkan kuota Asia Tenggara sekalipun pemain Singapura dan Vietnam turut berada dalam penilaian mereka, ketika ini.  

Beliau bagaimanapun mengambil pendekatan kunci mulut mengenai identiti pemain berkenaan yang difahamkan pemain skuad kebangsaan dan beraksi dengan sebuah kelab Liga 1 negara itu

“Kita lebih minat kepada pemain Indonesia, nampak pemain itu berwibawa dan memenuhi kriteria. Kita perlukan pemain yang boleh bermain di posisi sayap kiri dan jurulatih (Sathit Bensoh) akan buat keputusan ini dalam masa terdekat,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment