341 mangsa banjir berpindah

Monday, January 1, 2018

341 mangsa banjir berpindah

341 mangsa banjir berpindah

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 341 orang di daerah Kota Tinggi dan Mersing, setakat jam 6 pagi tadi.

Mereka ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara.

Pengarah Pertahanan Awam Johor, Mat Zin Bujang, berkata seramai 337 mangsa daripada 85 keluarga di daerah Mersing dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara.

Katanya, seramai 34 mangsa daripada sembilan keluarga di Kota Tinggi dipindahkan di dua pusat pemindahan.

"Pusat pemindahan banjir di Mersing dibuka di balai raya Taman Nakhoda, Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan, SK Tenglu, balai raya Kampung Benaung, Pertubuhan Peladang Kawasan Endau, balai raya Pengkalan Batu dan balai raya Kampung Air Merah.

"Di Kota Tinggi, mangsa banjir dipindahkan ke surau Sungai Buntu dan SK Telok Ramunia, Kota Tinggi," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mat Zin berkata, tiada pusat pemindahan dibuka di daerah Segamat.

"Pemantauan berterusan oleh agensi dan pejabat daerah," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment