Kedutaan Besar China gembira kongsi kelahiran anak panda

Wednesday, January 17, 2018

Kedutaan Besar China gembira kongsi kelahiran anak panda

Kedutaan Besar China gembira kongsi kelahiran anak panda

KUALA LUMPUR: Pasangan panda gergasi Liang Liang dan Xiang Xiang yang pernah menetap di negara ini selamat menyambut kelahiran anak keduanya pada 14 Januari lalu.

Satu kenyataan yang dikeluarkan Kedutaan Besar China ke Malaysia hari ini berkata, pihaknya berbesar hati untuk memaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai berita kelahiran berkenaan.

"Kedutaan China ke Malaysia sangat berbesar hati untuk berkongsi berita ini kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai kehadiran anak kedua pasangan Liang Liang dan Xiang Xiang.

"Pasangan panda gergasi ini pernah menetap di Malaysia sempena Ulang Tahun Penjalinan Diplomatik China-Malaysia Ke-40.

"Mereka disukai oleh rakyat negara ini dan menjadi lambang persahabatan yang penting kepada kedua negara.

"Sebelum ini pasangan haiwan ini melahirkan anak pertamanya pada 18 Ogos 2015 dan namanya turut diberi oleh rakyat Malaysia dengan nama Nuan Nuan," katanya yang turut memecah rekod kelahiran panda gergasi di seberang laut.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment