Keluarga nampak bahagia tapi sebenarnya...

Wednesday, January 17, 2018

Keluarga nampak bahagia tapi sebenarnya...

Keluarga nampak bahagia tapi sebenarnya...

CALIFORNIA - AMERIKAT SYARIKAT. Kisah sebenar percutian 'keluarga bahagia' ini terbongkar setelah salah seorang dari 13 beradik itu berjaya melarikan diri.

Salah seorang adik beradik tersebut yang berusia 17 tahun melarikan diri dari rumah mereka dan melaporkan kepada polis mengenai pengalaman mereka diseksa ibu bapa mereka.

Polis yang menyerbu kediaman pasangan suspek tersebut menemui sebahagian dari mangsa dirantai dengan rantai besi dan dimangga.

Keadaan rumah tersebut pula berada dalam keadaan menyedihkan dan terlalu kotor.

Kata CNN, kesemua mangsa yang berusia di antara 2 hingga 29 tahun kelihatan terlalu kurus dan nampak muda dari usia sebenar kerana tidak cukup zat.

Ibu bapa mangsa, David dan Louise Turpin yang ditahan kini berhadapan dakwaan menyeksa dan membahayakan nyawa kanak-kanak.

David (kiri) dan Louise Turpin. - Foto sumber CNN

Siasatan lanjut mendapati kesemua adik-beradik terlibat tidak dihantar ke sekolah dan diberikan kelas di rumah mereka oleh ayah mereka.

Keadaan semua mangsa yang menyedihkan pula menandakan mereka telah dikurung untuk tempoh lama, kata jurucakap polis, Susan Von Zabern.

Penahanan David dan Louise bagaimanapun menarik reaksi berbeza dari saudara-mara suspek dan jiran tetangga.

Ibu David, Betty mengatakan polis hanya tahun cerita sebelah pihak dalam kes tersebut.

"Mereka adalah keluarga yang sangat bahagia," kata Betty.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment