Pakatan Harapan adalah pakatan wayang

Wednesday, January 17, 2018

Pakatan Harapan adalah pakatan wayang

Pakatan Harapan adalah pakatan wayang

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan sebagai sebuah pertubuhan yang sah sebenarnya tidak wujud, sebaliknya hanyalah sebuah "Pakatan Wayang” yang menyaksikan pakatan Tun Dr Mahathir  Mohamad  dengan empat parti pembangkang,  kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata, wujud Pakatan Wayang itu adalah lebih kepada untuk mengelirukan rakyat mengenai niat sebenar mereka apabila beberapa pemimpin pembangkang  terdiri  ahli Parlimen  berpakat dengan Dr Mahathir yang bukannya ahli Parlimen.    

“Pembangkang sekarang merupakan mereka yang sama yang mahukan Dr Mahathir ditukar ketika menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

“Sekarang mereka ini jugalah yang mahukan Dr Mahathir kembali ke tampuk pemerintahan. Adakah mereka fikir orang ramai akan begitu mudah mempercayai mereka?,” soal Salleh menerusi catatan laman blog beliau, hari ini.

Menurut Bendahari Umno itu  kini wujud persepsi umum bahawa Dr Mahathir mahu menggunakan pembangkang untuk meletakkan anaknya Datuk Seri Mukhriz  kembali ke landasan politik, sementara  pembangkang yang diketuai oleh DAP pula mahu Dr Mahathir memberikan mereka undi Melayu.

"Malah, Mukhriz sendiri mengakui adalah menjadi perkara biasa untuk beliau bercita-cita menjadi perdana menteri.

“Jadi tidak ada Pakatan Harapan sebenarnya. Ia adalah lebih kepada Pakatan Wayang untuk mengelirukan rakyat tentang niat sebenar mereka,” katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment