Aduh...banjir tak surut

Monday, January 1, 2018

Aduh...banjir tak surut



SERAMAI 37 mangsa banjir di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang dijangka menghuni pusat pemindahan sementara (PPS) lebih lama berikutan paras air yang masih belum menunjukkan tanda surut.

Mereka ketika ini menghuni PPS di Sekolah Limau Kasturi 2.

Warga emas, Mariam Jusoh, 96, berkata, biasanya banjir yang disebabkan limpahan air Sungai Galas akan surut dalam masa sehari.

“Tapi ini dah masuk hari kedua, masih belum ada tanda air surut. Pelik juga kerana biasanya tidak begini.

“Dahulu hanya musim tengkujuh saja berlaku banjir, tapi sekarang hujan lebat berterusan pun boleh sebabkan banjir. Cuaca tidak menentu,” katanya.

Menurutnya, dia tidak upaya untuk membersihkan rumahnya lagi memandangkan sudah lima kali berhadapan keadaan itu sejak Januari tahun lalu.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Gua Musang Mohd Yusalmi Mohd Yusoff berkata, setakat 10 pagi, Kampung Limau Kasturi adalah kawasan tunggal masih dilanda banjir.

Katanya, tinjauan pihaknya juga mendapati air yang beransur surut petang semalam kembali naik kerana hujan berterusan lewat malam tadi.

“Kita harap penduduk mana-mana kampung di kawasan rendah sentiasa berwaspada dan cepat berpindah ke pusat pemindahan disediakan jika mendapati banjir mengundang bahaya," katanya.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment