11 sekolah ditutup akibat banjir di Pahang

Monday, January 1, 2018

11 sekolah ditutup akibat banjir di Pahang


Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Dr. Tajuddin Mohd. Yunus berkata, daripada jumlah itu, sembilan sekolah adalah di daerah ini dan sebuah sekolah masing-masing di Pekan serta Jerantut.

“Sembilan sekolah di daerah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Lembing, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sungai Lembing, Sekokah Kebangsaan (SK) Nadak, SK Sungai Lembing, SK Sungai Mas, SJKC Panching, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kuala Reman, SK Panching dan SK Bukit Kuin.

“Dua sekolah lagi ialah SK Acheh di Pekan dan SK Gintong di Jerantut,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Tajuddin berkata, sekolah-sekolah berkenan ditutup kerana ada antaranya dinaiki air seperti SK Panching dan laluan ke sekolah-sekokah berkenaan ditenggelami air.

“Guru-guru di sekolah terlibat diarahkan melaporkan diri di sekolah berhampiran dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),” katanya. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment