Yahudi di bumi yang dijanjikan

Saturday, June 16, 2018

Yahudi di bumi yang dijanjikan

Yahudi di bumi yang dijanjikan

KENAPA yang terkukuh dan yang terbaik terdapat dalam bani Israel yang kini dikenali sebagai Yahudi? Jawapannya tidak sukar didapati terutama apabila mengenangkan segala-galanya bermula daripada Allahuakbar.

Untuk ruangan yang terbatas ini kita tidak dapat pergi kepada perincian sejarah. Katalah, sejak zaman Nabi Musa AS yang memimpin kebebasan Bani Israel daripada kezaliman Firaun Ramases di Mesir.  Begitu juga bagaimana Bani Israel ini lari menyelamatkan diri daripada kekejaman Emperor Rome pada tahun 70-an, kira-kira 1,950 tahun dulu di bukit Masada hingga semua membunuh diri.  

Setelah berkunjung ke kem tahanan Auschwitz di Poland baru-baru ini, di mana hampir sejuta orang Yahudi, yang terdiri daripada kanak-kanak, orang-orang tua, lelaki dan perempuan, dibunuh dalam kamar-kamar gas dalam Perang Dunia II. Memanglah Hitler maha zalim, tetapi kenapa Yahudi dibenci begitu rupa? Tindakan Hitler itu mencerminkan kebencian orang Eropah terhadap Bani Israel ini.

Jawapan yang diberi ialah: "Sebabnya ialah Yahudi yang bunuh Nabi Isa." Walaupun ringkas jawapannya, namun secara mendalam, ia mengandungi logik yang sukar hendak ditepiskan. Orang Islam menerima Nabi Isa AS sebagai salah seorang nabi penting. Tentunya Baginda di sisi penganut agama Kristian adalah penghulu agung mereka. Sebab itu mereka memanggil diri mereka Christian sempena nama Baginda Jesus Christ. Dalam ejaan Latin, Jesus berbunyi Yisa.

Selain sebab itu, terdapat juga sebab-sebab lain, tentunya berkisar pada gaya hidup dan tabiat mereka yang janggal di sisi masyarakat setempat Eropah. Di Poland terdapat banyak tempat melarat dan kotor yang diduduki Yahudi, dipanggil ghetto. Di AS, ghetto ialah tempat meleset yang tercakup dalam ceruk-ceruk kota yang dihuni orang-orang kulit hitam yang cenderung melakukan jenayah mencuri, merogol dan sebagainya.

Yahudi pun bersikap begitu dalam ghetto mereka. Masyarakat Eropah mempunyai cerdik pandai yang dipanggil ahli-ahli falsafah. Banyak dalam kalangan mereka terdapat di Jerman. Siswa-siswa sains politik tidak dapat tidak mempelajari idea-idea daripada mereka. Mahaguru ideologi komunis yang bernama Karl Marx adalah Yahudi Jerman.

Orang Kristian mempercayai sekiranya Nabi Isa hidup lebih lama, banyak pengajaran dan sifat-sifat mulia boleh diturunkan kepada mereka. Disebabkan Baginda diseksa oleh Bani Israel atau Yahudi dan akhirnya disilang begitu rupa รข€" dua belah tangan dan kaki Baginda dipaku - maka ternafilah manusia dan kemanusiaan satu pusaka hidup yang tiada tolok banding, sebagaimana mereka mempercayai.

Sifat kebendaan Yahudi juga tidak disukai orang Eropah. Kampung-kampung amat banyak di Eropah, baik di Itali, Poland, Perancis, England, Belanda, Jerman dan lain-lain lagi. Realiti hidup dalam masyarakat miskin ialah adanya kecenderungan besar meminjam wang. Jika dipinjam daripada tetangga, selalunya dibayar sama banyak dengan jumlah yang dipinjam, ditambah dengan hantaran makan minum menurut adat biasa. Sebaliknya Yahudi hanya bersikap pemurah dan mudah memberi pinjaman tetapi peminjam diikat dengan syarat bertulis bahawa pinjaman mesti dibayar dengan bunganya sekali.

Jika sebulan, sekian-sekian peratus. Jika tidak, bunga menjadi pokok. Begitulah seterusnya. Dalam drama Saudagar Venice karya Shakaespeare, terdapat watak Yahudi bernama Shylock. Apabila peminjam tidak dapat membayar hutang, Shylock tuntut daging paha peminjam seberat satu paun. Nasib baik, peguam peminjam berhujah: ia boleh diambil, tetapi tanpa setitik darah pun. Episod ini sering diulang-ulang sebagai satu penyifatan Yahudi yang asas; lebih tegar lagi sebab ianya  datang dari Shakespeare, pujangga agung Inggeris.

Sebelum Perang Dunia II, terdapat 9 juta Yahudi di Eropah. Tiga setengah juga tinggal di Poland. Kira-kira 8 juta dibunuh Hitler. Hanya 300,000 terselamat selepas itu di Poland. Jika sebelum Perang Dunia II, terdapat himpunan Yahudi paling ramai di Poland, kini mereka terdapat di New York dan AS, kira-kira 6 juta orang, tidak termasuk yang menjadi warga negara Israel.

Selepas memperkatakan itu semua, amat mengagumkan mengenangkan bahawa ciptaan-ciptaan penting untuk kehidupan terkini datangnya dari tangan orang Yahudi. Pemenang-pemenang Hadiah Nobel dalam pelbagai kecemerlangan terdiri sebahagian besarnya daripada orang Yahudi. Di universiti-universiti terkemuka di AS dan UK, terdapat ramai profesor utama  Yahudi.  

Sebenarnya, kemarahan terhadap Yahudi berpunca pada terlucutnya negara Arab Islam, Palestin, ke dalam tangan Yahudi, atas restu Barat Kristian. Yahudi selalu dalam kemelut kerana sentiasa mendengar laungan bahawa Israel akan dilenyapkan.

Secara tamsil, pencuri yang sedang memegang barang curian tidak akan memulangkan barang itu jika dia tahu, baik pulang atau tidak, dia akan dibunuh. Maka Yahudi yang bermula sebagai Bani Israel dalam ras Arab, diistilahkan sebagai semitic, sudah jadi satu ras tersendiri. Hidup atau mati, mengalir dalam darah orang Yahudi bahawa mereka adalah manusia pilihan Tuhan. Hakikat ini menguatkannya, malah mungkin melumatkannya. Yahudi terus bertaut di bumi janjian tuhannya.

* Tan Sri Adam A Kadir mantan Presiden Senat dan ahli Kabinet



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment