UMNO disaran serapkan ke dalam kerajaan?

Tuesday, June 26, 2018

UMNO disaran serapkan ke dalam kerajaan?


Tambahan pula, UMNO sahaja menjadi pembangkang namun UMNO terus membawa dan memiliki suara majoriti rakyat, khasnya orang Melayu.

“Apatah lagi dengan 53 kerusi yang ada di Parlimen sekaligus menjadikan UMNO sebagai parti yang antaranya mempunyai paling banyak kerusi secara individu.

“Jadi, perkara ini menunjukkan bukanlah mudah bagi PH menafikan suara Umno di Parlimen terutama dalam hal-hal yang berkaitan mencari undi bagi meluluskan sesuatu usul,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ada menyatakan bahawa UMNO sudi membentuk kerajaan dengan sesiapa saja termasuk jika Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri dan perkara itu disifatkan sebagai bukanlah 'terhegeh-hegeh' atau cuba menggadai maruah Umno.

Ujar Abdul Latiff lagi, kenyataan itu juga mengandungi makna terselindung bagi menggambar betapa ia sebenarnya adalah suara dan akar umbi yang ingin melihat Umno memiliki kuasa di Putrajaya.

“Daripada menjadi penghalang, adalah lebih baik Umno ditarik mengganggotai kerajaan menerusi satu formula khas penyatuan kerajaan.

“Lagipun, Umno ada pengalaman luas mentadbir negara dari segenap sudut,” katanya. – UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment