Tun M akan bincang dengan Abe berkaitan pelaburan dari Jepun

Saturday, June 2, 2018

Tun M akan bincang dengan Abe berkaitan pelaburan dari Jepun

Tun M akan bincang dengan Abe berkaitan pelaburan dari Jepun

LANGKAWI: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Shinzo Abe berhubung pelaburan dari negara itu di Malaysia minggu depan.

Dr Mahathir berkata, perbincangan dengan Abe itu akan berlangsung ketika beliau menghadiri Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia ke-24 di Jepun, pada 11 dan 12 Jun ini.

Ia adalah lawatan luar negara pertama Dr Mahathir selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh berikutan kemenangan mengejutkan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bulan lalu.

"Sebelum ini saya ke Jepun setiap tahun untuk menyampaikan ucapan pada persidangan antarabangsa anjuran Nikkei-Shimbun itu, oleh kerana saya dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu, saya juga akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Jepun.

"Tapi kita tidak akan bincang perkara yang terlalu penting kerana tumpuan utama adalah mengukuhkan hubungan dua hala. Saya juga akan bercakap sedikit mengenai Dasar Pandang Ke Timur," katanya selepas mengadakan mesyuarat tertutup dengan anggota Pakatan Harapan Langkawi di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas sama ada kerajaan merancang untuk bertemu International Petroleum Investment Company (IPIC) untuk memohon pengurangan jumlah hutang 1MDB, Dr Mahathir berkata, belum sampai ke tahap untuk membincangkan sebarang perjanjian mengenainya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, kerajaan sedang menjalankan kajian ke atas semua hutang 1Malaysia Development Board (1MDB).

Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji keseluruhan hutang 1MDB sebelum berbincang dengan IPIC.

"Kita belum sampai ke tahap demikian, tumpuan sekarang adalah kesan hutang, perjanjian dan syarat yang dikenakan untuk kesemua pinjaman itu," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment