Sand Art tarikan utama di Karnival Karangkraf 2018
SHAH ALAM - Kemeriahan Karnival Karangkraf 2018 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf terserlah pada hari kedua hari ini dengan pelbagai acara menarik memikat pengunjung.
Menurut Eksekutif Acara Astro, Mohamad Atif Shahadat berkata, aktiviti Sand Art ini antara tarikan kepada pengunjung terutama kanak-kanak bagi mempromosi Astro Circle dan Njoi.
"Sempena Hari Raya dan Piala Dunia 2018 yang bakal tiba menjadi fokus kami di karnival sepanjang tiga hari ini.
"Sambutan hari ini sangat memberangsangkan dan pengunjung juga boleh memuat turun aplikasi Astro Circle di telefon pintar," katanya.
Bagi guru tadika, Norita Tarbus pula berkata aktiviti yang diadakan ini menarik dan mendapat perhatian kanak-kanak.
"Aktiviti ini seronok dan tidak membuang masa mereka kerana dapat belajar sesuatu yang baharu.
"Melalui aktiviti ini dapat menggalakkan mereka menjadi lebih kreatif dan juga ibu bapa boleh tahu warna disukai anak mereka," katanya.
Kemeriahan acara Karnival Karangkraf 2018 berterusan sebelah petang walaupun cuaca panas. Kehadiran pengunjung tidak putus.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment