Rakyat berhak nikmati kebebasan berbelanja
SHAH ALAM - Peniaga perlu memastikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak lagi diletakkan di bahu pengguna.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, rakyat berhak menikmati kebebasan berbelanja dan tidak lokek berkongsi komentar dan aduan tentang mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang masih mengutip GST.
âRakyat seharusnya berbangga dengan prinsip keadilan dan komitmen tegas kerajaan Pakatan Harapan yang mahu mengeluarkan masyarakat daripada kepompong bebanan kos sara hidup.
âSaya menyokong penuh atas jaminan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa tiada harga barang akan naik selepas GST berada pada kadar sifar,â katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga turut berkata, rakyat perlu melaporkan sebarang tindakan manipulasi harga dan kenaikan harga barang melalui talian hotline Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau tampil membuat aduan di pejabat KPDNKK berdekatan.
Semalam, hari pertama berkuatkuasa GST berada pada kadar sifar menyaksikan beberapa jenis barangan keperluan mengalami penurunan harga dan mengembirakan orang awam.
Pemansuhan GST merupakan antara 10 janji Harapan untuk dilaksanakan selepas 100 hari memerintah negara.
Pengguna yang menghadapi masalah kenaikan harga atau tidak berpuas hati terhadap peniaga untuk melaporkan perkara berkenaan kepada KPDNKK menerusi talian 03-40454555. 03-80008000 atau 03-89124110.
ARTIKEL BERKAITAN: Sifar GST: Barang lebih murah
ARTIKEL BERKAITAN: Wacana Sinar ke-60 Sifar GST: Apa Rakyat Perlu tahu?
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment