TSG sasar dua emas pada sukan Asia September ini

Tuesday, June 12, 2018

TSG sasar dua emas pada sukan Asia September ini

TSG sasar dua emas pada sukan Asia September ini

TERENGGANU Cycling Team (TSG) menyasarkan untuk merangkul dua pingat emas daripada empat pelumbanya yang akan mewakili negara pada Sukan Asia di Palembang, September ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata empat pelumba TSG akan beraksi dalam dua kategori pada temasya itu iaitu Mohd Shahrul Mat Amin dan Nur Amirul Fakhruddin Marzuki bagi kategori lebuh raya manakala Irwandi Lakasek dan Afiq Huznie Othman akan menyertai kategori trek.

"Dua pingat emas itu kita sasarkan bagi kategori trek setelah kita lihat lebih berpotensi berbanding kategori lebuh raya, yang mungkin akan menghadapi saingan lebih sengit daripada pelumba negara lain yang akan menyertai temasya itu nanti," katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama TSG yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif TSG Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

Katanya kesemua pelumba yang terlibat telah membuat persediaan rapi untuk ke temasya itu termasuk menyertai dua kejohanan lumba basikal antarabangsa di Filipina dan Korea Selatan baru-baru ini selain bakal beraksi pada kejohanan ‘pemanas badan’ Tour Du Rwanda, di Afrika Ogos depan sebelum berlepas ke Palembang, Indonesia.

Ahmad Farhan berkata pelumba TSG kini berada pada momentum tinggi, bermula selepas Le Tour De Langkawi (LTdL) serta mempamerkan aksi cemerlang di Filipina apabila menjadi pasukan kedua terbaik dan pasukan ketiga terbaik di Korea Selatan.

"Pemenang jersi kuning LTDL, Ovechkin Artem pula mendapat tempat keempat terbaik keseluruhan bagi kategori individu pada perlumbaan sama.

“Kejayaan itu secara tidak langsung menunjukkan ini adalah tahun kebangkitan TSG dan berharap pelumba kita akan memberikan kejayaan berganda pada Sukan Asia kelak," katanya. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment