Syarikat Perancis tarik diri projek rel kereta api Israel

Tuesday, June 26, 2018

Syarikat Perancis tarik diri projek rel kereta api Israel

Syarikat Perancis tarik diri projek rel kereta api Israel

PERANCIS. Syarikat kejuruteraan Perancis, Systra telah menarik balik sebahagian daripada pembinaan rangkaian rel kereta api Israel di Baitulmaqdis yang dikepung, selepas hubungannya dengan projek itu didedahkan Persekutuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa (FIDH).

Satu laporan yang dikeluarkan awal bulan ini mendapati bahawa tiga syarikat Perancis telah komited untuk membantu dalam pembinaan rel kereta api Baitulmaqdis, sebuah rangkaian yang bertujuan untuk menghubungkan Baitulmaqdis Barat ke penempatan Israel di wilayah Palestin yang dikepung di Baitulmaqdis Timur.

Projek tersebut disifatkan sebagai pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa. Pelan itu akan melihat lanjutan garisan sedia ada dan pembinaan dua garisan baru, dengan semua penempatan sebagai titik akhir mereka.

Systra, bersama Egis Rail mempunyai bahagian majoriti sektor awam yang penting, menghadapi pelbagai persoalan daripada beberapa kesatuan sekerja, yang mengecam penglibatannya dalam projek itu.

Minggu lalu, FIDH menerima maklum balas daripada syarikat induk Systra di mesyuarat Majlis Kerja Eropah, yang menyatakan: “Systra menarik diri dari garis merah dan ungu dari kereta api Baitulmaqdis”.

Dalam satu kenyataan, FIDH memuji langkah itu sebagai satu keputusan yang betul.

“Walaupun pernyataan ini kurang spesifik lagi (Systra kini komited untuk pembinaan garis biru), maknanya jelas kepada kami seperti kepada wakil-wakil organisasi kesatuan sekerja yang hadir di Majlis Kerja Eropah: Systra menarik diri daripada projek kereta api Baitulmaqdis. Kami menyambut pengumuman ini sebagai kemenangan pertama di jalan yang betul," kata FIDH.

FIDH turut mengutuk kerajaan Perancis sebagai 'dua kali ganda' bertanggungjawab untuk penglibatan syarikat berkenaan.

"Perancis sebelum ini mengutuk keras aktiviti haram Israel di wilayah yang dikepung, tetap pada masa sama membenarkan entiti sektor awam bekerjasama dengan Israel. Sudah tiba masanya untuk mengubah kata-kata kepada tindakan," katanya. - Middle East Monitor



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment