Balu Kamarul Allaymmy terima faedah Perkeso

Tuesday, June 26, 2018

Balu Kamarul Allaymmy terima faedah Perkeso

Balu Kamarul Allaymmy terima faedah Perkeso

KUALA PILAH â€" Meskipun orang berinsurans sudah berhenti bekerja dari sebuah perbankan, pewaris tetap layak menerima Faedah Pencen Penakat dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengurus Perkeso Kuala Pilah, Isahak Ab Manap berkata, jika individu itu mencarum dan memiliki rekod serta berkelayakan, pewaris akan menerima faedahnya walaupun berhenti mencarum.

“Seperti Allahyarham Kamarul Allaymmy Abd Kadir, 46, yang berhenti mencarum dan bekerja sendiri, meninggalkan seorang isteri Hasnah Abu Bakar, 47, dan dua orang anak iaitu Muhammad Najwan Adlan, 17 dan Mohammad Nabil, 15 tahun.

“Setelah menerima laporan kematian Allahyarham, skuad Perkeso Prihatin menjalankan siasatan berhubung kelayakan faedah boleh diterima waris orang berinsurans (Kamarul Allaymmy) dan sememangnya layak menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000,” katanya.

Aminuddin sedang berbual dengan Hasnah di Pejabat Perkeso Kuala Pilah.

Menurutnya, hasil semakan terperinci mendapati caruman orang berinsurans melayakkan balu dan dua orang anak di bawah 21 tahun mendapat Faedah Pencen Penakat Perkeso.

“Faedah berkenaan akan diterima seumur hidup oleh balu orang berinsurans, manakala anak-anak sehingga berumur 21 tahun.

“Bayaran bagi Faedah Pencen Penakat akan diterima mulai Julai 2018 (pencen dikira dan diberikan bermula dari tarikh kematian orang berinsuran),” katanya.

Dalam pada itu, Hasnah menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 disampaikan Menteri Besar, Aminuddin Harun dalam satu majlis ringkas di Pejabat Perkeso Kuala Pilah, semalam.

Aminuddin juga berharap dengan pencen diterima dapat membantu keluarga Allahyarham terutama untuk persekolahan anak-anak.

Sejurus selesai majlis, Aminuddin sempat meluangkan masa beramah mesra dengan kakitangan Perkeso Kuala Pilah.

Sementara itu, difahamkan Allahyarham yang juga Naib Pengerusi 1 Majlis Pimpinan PKR Negeri Sembilan, meninggal dunia jam 6.30 pagi, 16 Jun lalu.

Allahyarham Kamarul Allaymmy dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah akibat penyakit paru-paru.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment