Rafizi tak akan lari ke ladang sawit
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli berterima kasih kepada semua penyokong yang mendoakan kesnya di mahkamah semalam dipermudahkan.
Menurutnya, ditanya adakah beliau perlu lapor diri ke mahkamah tiap-tiap bulan sebagai syarat berkelakuan baik atau tidak.
"Sebenarnya tidak, tapi apa pun insya-ALLAH saya tidak akan lari ke ladang sawit,รข katanya selepas permohonannya mengetepikan hukuman penjara 18 bulan dibenarkan.
Sementara itu, dalam laman sosial Facebook milik Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, beliau bersyukur apabila Rafizi tidak lagi berdepan kemungkinan dipenjarakan.
Jelasnya, mahkamah menggantikannya dengan aturan bon berkelakuan baik selama dua tahun.
"Saya bersyukur kerana kita dah mendoakan begitu lama, kita tak mahu seorang insan seperti ini dizalimi sedemikian rupa.
"Kepada semua penyokong dan rakyat Malaysia mari kita sama-sama mendoakan supaya negara ini sentiasa di bawah prinsip keadilan di mana prinsip hukum ini perlu dipakai tidak kira menteri atau si penyapu jalan,"katanya.
Semalam, Rafizi dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM10,000 oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya, terhadap kesalahan mendedahkan kandungan Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmadi Asnawi membuat keputusan itu selepas mengetepikan hukuman 18 bulan penjara yang dikenakan terhadapnya atas kesalahan itu sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN: http://www.sinarharian.com.my/mahkamah/dedah-1mdb-rafizi-terlepas-hukuman-penjara-1.841305
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment