Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, mereka yang maut ialah pemandu bas tersebut, Shuaib Mohd. Unny, 50, dan dua penumpangnya.
“Penumpang yang maut merupakan dua wanita berusia lingkungan 20-an dan 50-an yang sedang dikenal pasti identiti mereka.
“Pemandu lori kontena yang berusia 30 tahun turut cedera, manakala pemandu lori tangki yang tidak cedera ditahan bagi membantu siasatan,” katanya, di sini sebentar tadi.
Zaharudin berkata, siasatan awal mendapati lori kontena itu dipercayai bergesel dengan lori tangki semasa menuruni susur keluar Tol Pagoh.
“Lori kontena terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbalik melintang di tengah lebuh raya sebelum bas dari arah Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur yang membawa 27 penumpang melanggar muatan belakang kontena yang telah tertanggal,” katanya. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment