'Ia mengejutkan...'

Wednesday, June 27, 2018

'Ia mengejutkan...'

'Ia mengejutkan...'

KOTA BHARU - “Jika benar ia milik individu, ia sangat mengejutkan,” kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengulas mengenai jumlah kos barangan yang dirampas dan dikaitkan dengan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurutnya, beliau tidak maklum dengan perkembangan terbaru itu, namun jika benar ia merupakan sesuatu yang di luar jangkaan.

“Saya tidak tahu, tengoklah nanti. Kalau betul, memang terkejutlah kalau itu milik individu. (Tetapi) milik siapa pun tidak tahu lagi. Biar polis buat keputusan,” katanya kepada media di sini.

Beliau ditanya mengenai pendedahan yang dibuat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengenai jumlah barangan rampasan tersebut yang bernilai RM686.37 juta. Bagaimanapun, nilai pasaran semasa boleh meningkat sehingga RM910 hingga RM1.1 bilion.

Antara barangan yang dirampas ialah wang tunai RM116.7 juta, 12,000 barang kemas bernilai RM440 juta, 272 daripada 567 beg tangan bernilai RM51.3 juta (baki 295 masih belum dinilai), 423 jam tangan bernilai RM78 juta, 234 cermin mata hitam bernilai RM374,0000.

Manakala barang kemas yang dirampas pula termasuk rantai leher 1,400 unit, cincin 2,200 unit, gelang 2,100 unit, subang 2,800 unit, kerongsang 1,600 unit dan tiara 14 unit.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment