Ladang sawit jadi sarang penagih

Tuesday, June 26, 2018

Ladang sawit jadi sarang penagih

Ladang sawit jadi sarang penagih

ALOR SETAR - Seramai 20 penagih dadah ditahan dalam Ops Perdana Fasa 2/2018 di sebuah ladang sawit di Kuala Ketil, Baling, di sini, semalam.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi diketuai Syafiza Abu Hassan disertai 16 anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Baling dengan kerjasama Unit Antidadah Sempadan (UAS) AADK Bukit Kayu Hitam.

Syafiza berkata, berdasarkan risikan,  kawasan ladang kelapa sawit itu telah dijadikan sarang penagihan aktif oleh mereka di kawasan sekitarnya.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya menjalankan serbuan di ladang sawit itu sebelum menahan 20 individu disyaki terlibat dengan penagihan dadah.

“Melalui pemeriksaan, kita dapati kesemua individu ditahan berusia antara 22 hingga 56 tahun. Jadi, kesemua orang yang disyaki (OYDS )tersebut dibawa ke Pejabat AADK Baling untuk pemeriksaan lanjut.

“Berdasarkan hasil ujian saringan air kencing, 19 daripada 20 individu yang ditahan positif dadah jenis morfin, manakala seorang lagi positif ganja,” katanya.

Syafizal berkata, kesemua individu positif dadah berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 3 (1)Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan mereka akan ditahan reman di Pusat Tahanan Reman (PTR) AADK sementara siasatan kes dijalankan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment