Ku Li beri peluang UMNO pilih yang terbaik

Saturday, June 16, 2018

Ku Li beri peluang UMNO pilih yang terbaik


Timbalan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan Ahli Parlimen Gua Musang tersebut memberi peluang kepada ahli UMNO membuat pilihan terbaik.

"Baguslah dia bertanding kerana semua kini boleh cari dan pilih yang terbaik dari kalangan UMNO,"katanya ringkas selepas menghadiri Majlis Keraian Aidilfitri Pimpinan Kerajaan Negeri Bersama Anak-anak Kelantan Perantauan di Dewan Besar, Kompleks Islam Lundang di sini malam tadi.

Lebih 2,000 perantau menghadiri acara tahunan itu yang juga bertujuan meraikan anak-anak Kelantan yang bermastautin di luar tetapi telah menyumbang kepada kemenangan besar Pas negeri dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 ( PRU - 14) yang lalu.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad dan Presiden Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan), Ir. Hamzah Abd Rahman. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment