Keprihatinan Agong disanjung rakyat

Tuesday, June 12, 2018

Keprihatinan Agong disanjung rakyat

Keprihatinan Agong disanjung rakyat

KUALA LUMPUR â€" Kementerian Kewangan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V kerana memperkenankan memotong 10 peratus gaji serta emolumen baginda dalam mengurangkan hutang kerajaan Persekutuan.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata dalam kepincangan negara dirundung beban hutang sebanyak  RM1,087 bilion, keprihatinan Seri Paduka itu disanjung tinggi rakyat.

“Dengan perkenan baginda ini, ia sekali gus menyuntik semangat patik serta rakyat marhaen dalam bersungguh-sungguh mengurangkan beban hutang kerajaan Persekutuan berikutan skandal-skandal kewangan terdahulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

Sultan Muhammad V semalam memperkenankan agar peruntukan gaji dan emolumen sebagai Yang di-Pertuan Agong dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka sehingga 2021.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata ini kerana Seri Paduka amat prihatin tentang tahap hutang dan keadaan ekonomi negara serta mahu bersama-sama rakyat menunaikan tanggungjawab terhadap negara.

Bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Seri Paduka turut bertitah untuk tidak mengadakan majlis rumah terbuka di Istana Negara.

Menurut kenyataan itu, anggaran peruntukan kewangan untuk majlis rumah terbuka tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. - Bernama
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment