Dr. M sedia berkhidmat selagi diperlukan

Monday, June 11, 2018

Dr. M sedia berkhidmat selagi diperlukan


Katanya, beliau sedar akan umurnya sekarang, tetapi jika itu kehendak rakyat, maka beliau akan terus berkhidmat.

“Sudah tentu, saya sendiri tidak tahu berapa lama lagi saya akan ada. Lagi dua tahun umur saya sudah 95 tahun.

“Ini akan menjadi satu rekod jika saya masih lagi menjadi Perdana Menteri pada usia 95 tahun," katanya dalam sesi dialog sempena Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Nikkei) di sini hari ini.

Beliau mengulas ketika ditanya adakah beliau akan melepaskan ja­watan Perdana Menteri selepas dua tahun seperti mana yang dijanjikan dalam kempen PRU-14 lalu.

Katanya, keutamaan beliau se­karang ialah kepada negara dan akan bertindak berdasarkan kehendak rakyat.

“Apa yang saya utamakan sekarang ialah negara,” katanya.

Mengenai Wawasan 2020, beliau berkata, sasaran itu tidak mungkin dapat dicapai kerana perubahan polisi yang dilakukan oleh pemimpin selepasnya.

Katanya, ketika melepaskan ja­wa­tan Perdana Menteri pada 2003, beliau yakin Malaysia mampu mencapai status negara maju pada 2020.

“Tetapi polisi sudah diubah oleh pengganti saya. Jadi, sekarang Wawasan 2020 mungkin akan dilewatkan ke 2025,” katanya. - UTUSAN



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment