Batal HSR: Najib dakwa Tun M ambil mudah
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibidas kerana memberikan jawapan cetek mengenai pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-Singapura (HSR).
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau terkejut apabila Mahathir menyatakan negara tidak untung sesen dan akan membayar pampasan RM500 juta kepada Singapura.
Sebaliknya, kata beliau, Mahathir perlu bertanggungjawab menjalankan kajian terperinci dan memberikan penerangan komprehensif kepada rakyat dan pelabur tentang analisa kos dan manfaat projek ini secara keseluruhan.
âBukannya mengambil mudah dengan memberikan jawapan cetek tanpa membuat kajian teliti.
âYa, Pakatan Harapan diberi kepercayaan rakyat mentadbir negara tetapi jangan pandang ringan kepercayaan ini dengan memberi justifikasi sambil lewa dalam semua keputusan yang mereka ambil. Rakyat bijak menilai,â katanya dalam sebuah video dimuatnaik di Facebooknya, hari ini.
Najib berkata, kerajaan BN sebelum ini telah membuat kajian terperinci bertahun-tahun mengenai projek HSR.
âHasil KDNK projek HSR adalah sebanyak RM209 bilion berbanding kosnya sebanyak RM70 bilion. Sumber pendapatan projek pemangkin ekonomi HSR menjangkaui jualan tiket.
âTetapi dari segi peningkatan nilai hartanah, kewujudan 442,000 peluang pekerjaan, pemindahan teknologi, kepesatan ekonomi setempat dan pelancongan,â katanya.
Beliau turut membandingkan projek HSR dengan projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) yang masih menanggung hutang sehingga kini.
âProjek Plus juga masih menanggung hutang sejak 1988 hingga kini, malah masih berbaki 25 tahun lagi. Namun apakah pantai barat semenanjung akan maju tanpa Plus?,â soal beliau.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment