Saya tidak jumpa 'Datuk Amin' - Muhyiddin

Saturday, June 2, 2018

Saya tidak jumpa 'Datuk Amin' - Muhyiddin

Saya tidak jumpa 'Datuk Amin' - Muhyiddin

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan pihak yang menyalahgunakan sistem kemasukan pekerja asing ke negara ini untuk mengaut keuntungan.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang dan menjejaskan kepentingan negara akan dikenakan tindakan tegas.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook, Muhyiddin berkata beliau sudah mengarahkan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim, untuk memberikan taklimat berkaitan dakwaan kementerian memberikan kelulusan kepada individu untuk membawa masuk 80,000 pekerja asing ke Malaysia beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum Ke-14.

"Saya juga sudah mengarahkan supaya pelaksanaan kelulusan ini, jika ada, ditangguhkan dahulu sehingga saya diberikan taklimat terperinci mengenainya," katanya.

Muhyiddin juga menafikan dakwaan yang viral di media sosial bahawa beliau didatangi individu bernama 'Datuk Amin' yang dikatakan terbabit dalam sindiket kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia.

Katanya, beliau tidak pernah mengenali individu terbabit dan tiada apa-apa perbincangan antaranya dan individu itu mengenai kemasukan pekerja asing Bangladesh ke Malaysia.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment