Azlan tetap teruskan tugas

Saturday, June 2, 2018

Azlan tetap teruskan tugas

Azlan tetap teruskan tugas

KANGAR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man tetap menjalankan tugas seperti yang diamanahkan walaupun krisis menteri besar belum berakhir.

Beliau berkata, beberapa agenda akan diteruskan termasuk pembangunan yang telah dirancang.

Katanya, agenda berkenaan telah dirancang sejak penggal lalu dan sesetengah projek telah pun bermula.

"Kita akan teruskan( pembangunan) dan ada lagi dari segi perancangan yang telah pun dipersetujui dan akan dilaksanakan,"katanya, ketika ditemui di Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Bulan Ramadan bagi Dun Chuping di Dewan 2020, di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai bagaimana beliau bekerja tanpa exco, Azlan yang juga Adun Bintong bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menganggap itu sebagai satu cabaran.

"Biasalah..cabaran sentiasa ada," katanya sambil tersenyum.

Majlis pada hari ini turut dikejutkan dengan kehadiran Adun Chuping,Asmaiza Ahmad dan Adun Mata Ayer, Siti Berenee Yahaya yang sebelum ini secara terang- terangan menolak pelantikan Azlan sebagai menteri besar.

Bagaimanapun, usaha petugas media untuk mendapatkan komen mereka gagal apabila kedua-dua adun berkenaan meninggalkan majlis sebaik selesai acara penyampaian sumbangan.

Terdahulu, seramai 2,332 penduduk dalam Dun Chuping menerima sumbangan Ramadan daripada kerajaan negeri melibatkan peruntukan sebanyak 349,000.

Sumbangan ini melibatkan semua dun di Perlis dan akan disampaikan secara berperingkat.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment