Tiga kerbau terperangkap diselamatkan

Saturday, June 2, 2018

Tiga kerbau terperangkap diselamatkan

Tiga kerbau terperangkap diselamatkan

Foto Recqueal Raimi

TUARAN: Tindakan pantas anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyelamatkan tiga kerbau terjatuh ke dalam lubang sedalam tiga meter, dapat mengelak semua haiwan itu lemas dalam lumpur di Kampung Rombituon, Topokon, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi tadi, tiga kerbau yang tersesat itu dipercayai terjatuh selepas berlaku mendapan tanah di tepi jalan raya berkenaan.

Seorang saksi dikenali sebagai Jack, 26, berkata dia mendengar bunyi dengusan ketika ketika menunggang motosikal dari kampung terbabit menuju pekan Topokon.

"Pada awalnya, saya sangka ia hanya seekor kerbau, namun sebaik meninjau, saya terkejut kerana ada tiga ekor kerbau sedang berusaha naik daripada ditenggelamkan lumpur.

"Kesemua kerbau itu tidak mengalami luka namun salah satu daripadanya yang bersaiz paling kecil kelihatan lemah dan tidak berdaya untuk berdiri," katanya kepada NSTP.

Jack berkata, dia kemudian menghubungi pihak APM untuk mendapatkan bantuan.

Sementara itu, pegawai APM Unit Tuaran, Paulina Francis berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi sejurus menerima aduan.

"Berikutan permukaan tanah yang lembut dan mudah runtuh itu, skuad APM terpaksa menggunakan tali untuk mengikat satu persatu kerbau sebelum ditarik ke atas.

"Skuad APM mengambil masa 14 minit mengeluarkan tiga kerbau itu sebelum melepaskannya lebih 500 meter dari lokasi kejadian," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment