Azlan raih kemenangan pertama bagi musim ARRC 2018

Saturday, June 2, 2018

Azlan raih kemenangan pertama bagi musim ARRC 2018

Azlan raih kemenangan pertama bagi musim ARRC 2018

KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman meraih kemenangan pertamanya musim ini apabila muncul juara di Perlumbaan 1 kelas SuperSports 600cc di Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Suzuka, Jepun, hari ini.

Juara bertahan berkenaan melengkapkan 13 pusingan perlumbaan dengan catatan 29 minit 9.539 saat ketika rakan sepasukannya di Manual Tech KYT Kawasaki Racing, Ahmad Yudhistira hanya ketinggalan 0.638s di belakang untuk muncul naib juara.

Pelumba Australia yang mewakili pasukan Webike IKAZUCHI Racing, Anthony West muncul ketiga terpantas dengan catatan, 29'10.656s.

"Saya gembira dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada pasukan kerana menyediakan jentera yang terbaik kepada saya," kata Azlan yang kini naik ke tangga teratas dalam senarai keseluruhan kelas perdana itu.

"Perlumbaan seperti biasa berlangsung sengit, dan saya juga bersaing sengit dengan Yudhistira sendiri sebelum memenangi perlumbaan. Saya berharap dapat mengekalkan momentum seperti ini pada perlumbaan kedua nanti."

Perlumbaan 2 dijadual berlangsung esok dengan Azlan memegang kelebihan dua mata berbanding West di puncak carta keseluruhan bagi kelas perdana itu dengan 63 mata.

Pelumba Jepun Yuki Ito (Yamaha Racing Asean) ketika ini berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 55 mata selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat.

Keputusan
SuperSports 600cc

1. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS/Manual Tech KYT Kawasaki Racing) 29'09.539s

2. Ahmad Yudhistira (INA/Manual Tech KYT Kawasaki Racing) 29'10.177s

3. Anthony West (AUS/Webike IKAZUCHI Racing) 29'10.656s

4. Yuki Ito (JPN/YAMAHA Racing Team ASEAN) 29'10.971s

5. Zaqhwan Zaidi (MAS/Musashi Boon Siew Honda) 29'11.440s

Kedudukan Keseluruhan

1. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS/Manual Tech KYT Kawasaki Racing) 63 mata

2. Anthony West (AUS/Webike IKAZUCHI Racing) 61 mata

3. Yuki Ito (JPN/Yamaha Racing Asean) 55 mata

4. Ratthapong Wilairot (THA/YAMAHA Thailand Racing TEAM) 40 mata

5. Keminth Kubo (THA/Yamaha Racing Asean) 37 mata

AP250

1. Rheza Danica Ahrens (INA/Astra Honda Racing Team) 19'50.478s

2. Anupab Sarmoon (THA/YAMAHA Thailand Racing TEAM) 19'55.777s

3. Mario Suryo Aji (INA/Astra Honda Racing Team) 19'55.986s

4. Awhin Sanjaya (INA/Astra Honda Racing Team) 19'56.087s

5. Muklada Sarapuech (THA/A.P. Honda Racing Thailand) 19'57.385s

Kedudukan Keseluruhan

1. Rheza Danica Ahren (INA/Astra Honda Racing Team) 98 mata

2. Anupab Sarmoon (THA/YAMAHA Thailand Racing TEAM) 82 mata

3. Mario Suryo Aji (INA/Astra Honda Racing Team) 82 mata

4. Muklada Sarapuech (THA/AP Honda Racing Thailand) 62 mata

5. Rafid Topan Sucipto (INA/Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super battery) 46 mata

UB150

1. Md Helmi Azman (MAS/SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team) 13'25.729s

2. Md Akid Aziz (MAS/UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team) 13'25.808s

3. Gupita Kresna Wardhana (INA/Yamaha Yamalube SND Factory) 13'25.982s

4. Wahyu Aji Trilaksana (INA/Yamaha Racing Indonesia) 13'26.325s

5. Fakhrusy Syakirin Rostam (MAS/SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team) 13'26.402s

Kedudukan Keseluruhan

1. Md Helmi Azman (MAS/SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team) 81 mata

2. Md Izzat Zaidi (MAS/RCB Yamaha YY Pang Racing) 77 mata

3. Md Akid Aziz (MAS/UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team) 61 mata

4. Wahyu Aji Trilaksana (INA/Yamaha Racing Indonesia) 52 mata

5. Md Affendi Rosli (MAS/Team One For All) 44 mata



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment