4,000 saudara baharu diraikan seretak
KUALA LUMPUR - Seramai 4,000 saudara baharu dirai pada Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre 2018 yang diadakan di seluruh negara.
Pengerusi Hidayah Centre Foundation, Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah berkata, program itu bertujuan memberi pendedahan kepada saudara baharu terutamanya mereka yang pertama kali menyambut Ramadan.
âSaya rasa inilah perhimpunan terbesar di Malaysia yang mana kita adakan untuk meraikan saudara baharu serta ahli keluarganya yang belum memeluk Islam.
âIni juga merupakan dakwah kepada keluarga saudara baharu untuk melihat sendiri bagaimana seorang saudara baharu itu diraikan dan bagaiaman mereka berpuasa,â katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre 2018 di TM Convention Centre, hari ini.
Katanya, setiap tahun pihaknya akan membuka ruang kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan untuk menjalinkan kerjasama dalam menjayakan penganjuran majlis tersebut.
âAlhamdulillah setiap tahun itulah yang kita usahakan yang terbaik untuk saudara-saudara baharu kita.
âProgram kita adalah berterusan di mana selain penganjuran majlis iftar ini, kita turut adakan beberapa program lain seperti kelas mingguan serta ziarah saudara baharu. Kita perlu membantu saudara-saudara baharu ini mendalami lagi Islam dan terus membina jati diri sebagai seorang Islam,â katanya.
Majlis yang turut mendapat kerjasama daripada Kumpulan Media Karangkraf itu dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Hanifuddin Roslan.
Seramai 1,000 mualaf dan ahli keluarga masing-masing hadir pada majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Telekom Malaysia di sini, untuk berbuka puasa serta menunaikan solat Tarawikh bersama-sama.
Dalam majlis itu, Hidayah Centre Foundation turut menyampaikan Anugerah Saudara Baru Harapan kepada Muhammad Irfan Abdullah, 25, dan Anugerah Saudara Baru Teladan kepada Ainul Mardhiah Palau, 29.
Majlis iftar itu turut diserikan dengan seorang wanita yang memeluk Islam di hadapan Hanifuddin, Nicholas Sylvester Muhammad serta beberapa saksi lain.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment