Ahli Parlimen Republikan cedera ditembak

Thursday, June 14, 2018

Ahli Parlimen Republikan cedera ditembak


Anggota kepimpinan tertinggi Dewan Rakyat Republikan, Steve Scalise cedera di bahagian pinggul apabila seorang lelaki secara tiba-tiba bertindak melepaskan tembakan ketika beliau bersama beberapa lagi ahli parlimen lain sedang mengadakan latihan permainan besbol amal di kawasan tersebut.

Dua anggota polis Capitol Hill turut dilaporkan cedera selepas berbalas tembakan dengan penyerang tersebut yang bersenjatakan senapang.

Penyerang yang dipercayai berkulit putih itu berjaya ditahan dan kesemua mangsa telah dibawa ke hospital berhampiran dan berada dalam keadaan stabil.-REUTERS



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment