8 Tahun Kahwin, Achey & Isteri Ambil Anak Angkat
“Rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara,” itu ujar Achey dalam kemaskini terbaru beliau di Instagram hari ini yang mengumumkan bahawa beliau dan isterinya telah bersepakat untuk mengambil anak angkat sebagai penyeri rumahtangga.
Achey dalam kemaskini yang sama mendedahkan yang mereka mengambil anak angkat perempuan yang bernama Tiara Zinnirah Nasir pada 22 Mei lepas — bersamaan hari ke 6 umat Islam berpuasa.
Assalamualaikum Bismillah… alhamdulillah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara…setelah 8 tahun bersama masih belum punya rezeki di kurniakan cahaya mata.. namun pada 22/5/2018 di ramadhan ke 6… anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu… .. NUR TIARA ZINNIRAH NASIR nama di berikan… @tiara_zinnirahofficial di lahirkan pada 15/5/2018 .. pada jam 8.05pm … di HKL….selama hampir sebulan kami berada di kg… terutama @anne_achey… ramai tertanya kami gaduh ke? Sakit ke? … jawapannya menjaga tiara dalam pantang?????….. tak dapat nak di gambarkan dengan kata2 yang hebat… yang paling jelas saya @acheykintangkintung dan @anne_achey sangat gembiraaaa tak terkata..??…kami berharap agar semua mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan menerima baik kehadiran @tiara_zinnirahofficial … semoga @tiara_zinnirahofficial menjadi anak yang solehah serta kami dapat menjaganya dengan kudrat kami sebaiknya….RAYA NI KAMI BERTIGAAAAA YEAYYYYYY!!!.. … .. Jangan lupa follow @tiara_zinnirahofficial @tiara_zinnirahofficial @tiara_zinnirahofficial @tiara_zinnirahofficial @tiara_zinnirahofficial
Bayi itu telah enam hari lebih awal sebelum pasangan ini ambil untuk dijadikan anak angkat sekaligus memberikan raya kali ini lebih makna buat mereka. Achey turut mendedahkan yang anaknya itu kini sudah miliki akaun Instagram sendiri. Amboi!
Apa pun, harap kehadiran anak dalam hidup Achey & isteri ini akan lebih menceriakan suasana dalam rumahtangga. Seronok sanak saudara dapat ahli keluarga baru. (rtky/m)
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment