Laluan Gua Musang - Kuala Krai masih terkawal
Laluan Gua Musang - Kuala Krai masih terkawal
sumber: sinarharian
Laluan Gua Musang - Kuala Krai masih terkawal
GUA MUSANG - Tidak seperti tahun sebelumnya, keadaan laluan utama Gua Musang - Kuala Krai, masih terkawal sehingga tengahari ini.
Tinjauan Sinar Harian mendapati tiada sebarang kesesakan yang berlaku di laluan utama dan trafik masih lancar.
Bagaimanapun, satu kemalangan berlaku berhampiran Kesedar Renok, di sini, pada jam 12 tengahari, menyebabkan laluan sedikit sesak di kawasan berkenaan.
Namun, keadaan kembali terkawal selepas kerja-kerja mengalihkan kenderaan yang terlibat di laluan menghala ke Gua Musang selesai.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin menasihati pengguna jalan raya agar mengutamakan keselamatan dan pemanduan berhemah.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment