Yayasan Eco World komited bantu pelajar
JOHOR BAHRU รข" Yayasan Eco World komited menyediakan platform bantuan kepada pelajar agar golongan berkenaan sentiasa mengutamakan kecemerlangan.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Eco World Tan Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata, sehingga kini seramai 55 orang pelajar yang mendapat bantuan pihaknya berjaya ke menara gading.
Katanya, 18 daripadanya tamat pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) manakala 37 lagi masih meneruskan pengajian.
"Untuk setahun sahaja kira-kira RM4.21 juta kita peruntukan bagi program ini di seluruh negara.
"Kami percaya melalui cara ini lebih ramai pelajar miskin dapat dibantu," katanya ketika Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Program Bantuan Pelajar Eco World, di sini, baru-baru ini.
Terdahulu, Yayasan Eco World turut meraikan 28 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di sekitar bandar raya ini.
Mohd Radzi berkata, melalui inisiatif itu pihaknya bukan sahaja mementingkan pencapaian peperiksaan semata-mata malah turut menitikberatkan pembentukan watak pelajar terlibat.
"Pelajar UPSR akan terima RM100 hingga RM200 mengikut kategori dan PT3 akan dapat RM250.00 hingga RM500 00 berserta kamus dwi bahasa Oxford.
"Ia juga adalah sebagai pengiktirafan supaya memberi semangat kepada mereka untuk berusaha bersungguh lagi selepas ini,"katanya.
Justeru, itu, beliau berharap pelajar terlibat dapat mengekalkan tingkah laku yang baik di samping menjadikan kejayaan sebagai motivasi utama dalam kehidupan mereka.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment