Seakan sudah menjangka soalan yang bakal diajukan, Wawa Zainal menjelaskan ketiadaan suaminya, Aeril Zafrel bersamanya berangkat ke Mekah kerana mempunyai komitmen kerja. Penjelasan itu turut disertakan dengan gambar bersama bapanya yang turut sama ke Mekah.

BACA: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Bawa Anak Bercuti Ke Korea



“Sudah mahu berangkat ke tanah suci. Sebelum ditanya, saya pergi dengan ayah sebab suami (Aeril) ada kerja di Kuala Lumpur. Insya-Allah akan datang kita pergi ya sayang. Alhamdulillah, mohon doakan saya”

“Saya juga ingin memohon maaf sekiranya pernah terkasar bahasa, tersalah laku kepada semua baik yang saya kenal dan juga yang tidak. Semoga kami mendapat umrah yang mabrur,” tulisnya di Instagram.



Pada masa sama, Aeril menerusi Instagram turut meminta peminat mendoakan isterinya dipermudahkan ibadah umrah di sana dan pulang dengan mendapat umrah yang mabrur. Rata-rata peminat memuji kecantikan semula jadi Wawa yang lengkap menutup aurat.

Perjalanan Wawa ke Mekah turut ditemani bapa tersayang yang turut sama mengikut untuk menjalani ibadah umrah. Semoga Wawa dan bapa dipermudahkan urusan beribadat di sana dan baik-baik saja. (rtky/w)