Pegawai Maritim meninggal dunia ketika bertugas

Thursday, February 1, 2018

Pegawai Maritim meninggal dunia ketika bertugas

Pegawai Maritim meninggal dunia ketika bertugas

PULAU TIOMAN - Seorang pegawai  Maritim Malaysia disahkan meninggal dunia selepas pengsan di atas KM Sebatik ketika melakukan rondaan di perairan Pulau Tioman, pagi tadi.

Allahyarham dikenali sebagai Leftenan Madya Maritim Ahmad Taijudin Mohd Salleh, 55, dan merupakan Pegawai Panduarah kapal berkenaan.

Difahamkan, beliau telah dibawa ke Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman sebelum disahkan meninggal dunia sekitar 8.35 pagi.

Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan oleh pesawat udara Maritim untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkarnain Mohd Omar yang dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, Allahyarham telah meninggal dunia semasa bertugas di atas kapal KM Sebatik dalam operasi menjaga perairan negara di Pulau Tioman.

Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tanah Bukit Kuang, Kemaman, Terengganu, sekitar jam 10.30 malam tadi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment