TPM pengerusikan mesyuarat BN Sabah

Monday, February 19, 2018

TPM pengerusikan mesyuarat BN Sabah

TPM pengerusikan mesyuarat BN Sabah

KOTA KINABALU: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah di sini, malam ini.

Timbalan Perdana Menteri yang diiringi Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman, tiba pada jam 8.35 malam tadi.

Mesyuarat dihadiri pemimpin tertinggi parti komponen BN Sabah merangkumi UMNO, Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), MCA, MIC dan Gerakan.

Antara pemimpin yang hadir ialah Presiden PBS yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Setiausaha BN negeri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Pemimpin lain yang kelihatan ialah Pemangku Presiden UPKO, Datuk Madius Tangau; Presiden LDP, Datuk Teo Chee Kang dan Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup.

Difahamkan, mesyuarat tertutup yang dijadual berlangsung hingga jam 10 malam itu akan membincangkan persediaan dan pelbagai isu berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Sabah.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment