Gambar acu pistol cetus kritikan

Monday, February 19, 2018

Gambar acu pistol cetus kritikan

Gambar acu pistol cetus kritikan

SYDNEY. AUSTRALIA - Tindakan seorang ahli Parlimen Australia memuat naik gambar beliau mengacukan pistol bersama kapsyen 'Do yo feel lucky, greenie punks?' di Facebook pada Sabtu lalu telah mencetuskan kritikan banyak pihak.

Parti Hijau dalam satu kenyataan berkata, tindakan George Christensen dari parti konservatif itu sememangnya memalukan dan tidak sensitif dengan kejadian serangan tembakan di sebuah sekolah di Amerika Syarikat (AS) yang telah meragut sekurang-kurangnya 17 nyawa.

Sementara itu, polis memaklumkan ia sedang mempertimbangkan siasatan berhubung dakwaan menghasut keganasan walaupun Christensen menjelaskan gambar itu hanya 'gurauan'.

Menurutnya, aksi tersebut ditiru daripada filem Dirty Harry yang dilakonkan Clint Eastwood menerusi dialog 'Do I feel lucky? Well, do ya punk?'.    

Ia bagaimanapun tidak jelas sama ada kapsyen Christensen itu ditujukan secara spesifik kepada parti Hijau atau aktivis pencinta alam sekitar yang berkempen membantah cadangan projek arang batu yang disokong partinya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment