RM11juta untuk Tabung Penyelenggaraan1Malaysia

Monday, February 19, 2018

RM11juta untuk Tabung Penyelenggaraan1Malaysia

RM11juta untuk Tabung Penyelenggaraan1Malaysia

KUALA TERENGGANU -  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan RM11 juta peruntukan melalui Tabung Penyelenggaraan1Malaysia (TP1M) dalam tempoh tiga tahun bermula 2014 hingga 2017 di negeri ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, ia merangkumi 17 projek di seluruh negeri Terengganu yang mempunyai kawasan perumahan bertingkat atau flat.

Menurutnya, ia bagi membantu rakyat untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat seperti mana yang diperuntukkan bagi projek-projek perumahan flat yang dibina oleh kerajaan.

“Dari tahun 2014 hingga 2017, jumlah TPIM yang kita luluskan adalah sebanyak 11 juta.  Ia bukan sahaja di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan kawasan-kawasan lain yang ada rumah flat yang menjadi tempat tinggal rakyat.

“Ia merangkumi 17 projek, antaranya di Blok Jelawat, Kondo Rakyat; Pangsapuri Air Jernih, Wisma Pantai; Wisma Ria; Wisma  Negeri;  Wisma Ladang Fasa dan Ladang Fasa 2,” katanya selepas Majlis Penyerahan Projek Siap TPIM 2017 di Taman Sri Kolam, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee dan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh.    

Beliau berkata, TPIM yang ditubuhkan oleh kementerian bertujuan untuk membaik pulih dan menyelenggara perumahan bertingkat kos rendah swasta dan sederhana rendah swasta di bandar-bandar seluruh Malaysia.  

“Antaranya bagi membaik pulih lif, pendawaian semula elektrik, mengecat semula bangunan, ganti bumbung, pasang pagar, ganti tangki air dan selenggara paip sanitari,” katanya.

Manakala KPKT melalui Bajet 2018 juga telah meluluskan, RM200 juta untuk bantu rakyat melalui tabung tersebut di seluruh Malaysia.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment